Penjagaan Laptop Supaya Tidak Mudah Rosak

Laptop merupakan salah satu alat yang penting, terutama untuk membuat kerja. Harga laptop kini mencecah 4 angka semestinya ia perlu dijaga dengan baik. Oleh demikian, anda perlu tahu penjagaan laptop supaya tidak mudah rosak. Penjagaan laptop boleh dibahagi 2 iaitu penjagaan perkakasan atau penjagaan perisian. Untuk penulisan kali ini kita bincangkan tips penjagaan perkakasan luaran laptop supaya ia lebih lama bertahan dan mencegah kerosakan.

Jangan gunakan ia di atas tilam atau permukaan berbulu

Kebiasannya kita lebih selesa untuk berbaring/ meniarap sambil menggunakan laptop. Mungkin terlalu penat menggunakan meja dan bertukar angin ke atas katil pula. Tahukah anda tindakan anda itu akan merosakkan laptop anda. Perkakasan dalaman akan terbakar dan mungkin juga power supply akan rosak. Hal ini kerana, perkakasan elektronik sensitif dalam laptop memerlukan udara yang cukup untuk menyejukkannya. Kadangkala perkakasan elektronik sensitif laptop boleh mencapai suhu tinggi. Untuk menyejukkannya ia mempunyai lubang angin dibawah atau ditepi  laptop itu sendiri. Perbuatan meletak di permukaan berbulu atau tidak rata membuatkan ia tertutup dan mudah panas.

Jangan guna sambil bateri cas

Kebiasannya orang akan malas untuk membuag bateri, ia dibiarkan ketika anda mengguna laptop. Ada teknologi terkini yang tidak menjejaskan bateri. Walaupun demikian ia tetap akan menggangu arus dan menyebabkan bateri cepat lemah apabila di cas semula.

Hati-hati dengan makanan berair anda

Sebarang makanan tidak kira berair atau tidak sebenarnya dilarang semasa menggunakan alat elektronik. Perkakasan elektronik yang kecil dan sensitif akan mudah berlaku litar pintas jika ada penyambungan yang tidak sepatutnya melalui air yang tertumpah. Sekali ia litar pintas, mungkin mainboard anda perlu tukar. Harga purata untuk mainboard boleh mencecah RM 800 bergantung pada spesifikasinya.

Jauhkan dengan sumber bermagnet

Komponen elektronik sensitif mempunyai kepekaan tersendiri. Kadangkala ia akan terganggu dan rosak jika diletakkan berdekatan dengan sumber magnet. Kebiasaanya ia akan merosakkan paparan skrin atau berlaku litar pintas.

Penggunaan terlalu kasar

Laptop biasanya boleh digunakan sehingga 20 jam. Namun demikian ia boleh digunakan lama jika pengoperasiannya tidak terlalu berat. Penggunaan yang memerlukan laptop bekerja keras seperti bermain game, menginstal terlalu kerap sehingga berjam-jam boleh membuatkan kerosakan kepada laptop anda.


Sebenarnya ada banyak lagi tips penjagaan laptop anda supaya tahan lama. Pastikan anda menjaga laptop anda dengan baik kerana ia bukannya murah.

0 comment... add one now