Kelebihan NFC dan Cara Guna

Mungkin tidak ramai yang tahu apa itu NFC, Near Field Communication NFC ialah teknologi baru yang membolehkan perpindahan data dari satu gadjet ke gadjet lain. Mungkin fungsinya dikatakan sama dengan bluetooth namun demikian ia mempunyai perbezaan dan keistimewaan tersendiri.


Sebelum menggunakan NFC, anda perlu tahu gadjet anda mempunyai NFC atau tidak. Kebiasannya anda akan tahu melalui label NFC pada gadjet anda atau anda sendiri yang kenalpasti pada menu setting.

Untuk melihat adakah gadjet anda mempunyai NFC atau tidak anda boleh menyemaknya melalui langkah-langkah berikut : ( smartphone )
  1. Buka menu setting di smartphone  anda
  2. Pilih bahagian Wireless & Network, Klik More...
  3. Cuba lihat dibahagian bawah. Jika smartphone/tablet anda dilengapi teknologi NFC, sepatutnya ada pilihan NFC dan Android Beam.

Kelebihan NFC

Sebenarnya NFC ini mempunyai kelebihan tersendiri jika dibandingkan dengan teknologi lain antaranya ialah :
  •  Pembayaran menggunakan smartphone – Bunyinya seperti agak pelik, namun demikian negara maju di Amerika menggunakan teknologi ini dengan luas seperti PayPass MasterCard dan MasterCard. Penggunaan hanya perlu mendekatkan smartphone dengan peranti pembayaran untuk jalankan transaksi.
  •  Pengiriman data wireless – Ini biasa dibuat dengan menjalankan fungsi seperti bluetooth dengan memudahkan data dan file dipindahkan dari smartphone ke smartphone lain dengan hanya mendekatkan kedua-dua peranti yang mempunyai NFC.
  • Mudah mendapat informasi – kebanyakan  iklan atau produk sesuatu perniaaan menggunakan QR code yang mempunyai  informasi. Sekarang teknologi tersebut telah di gantikan oleh NFC, kerana  pengguna smartphone perlu menggunakan kamera terlebih dahulu untuk mendapatkan informasi dari QR code. Ini merumit dan membazir masa berbanding penggunaan NFC.
  • Transit dan boarding Pass – Jika anda travel, NFC ini juga boleh digunakan sebagai boarding pass seperti sebelum ini kita gunakan QR code.

Cara aktifkan NFC

Untuk mengaktifkan NFC terlebih dahulu anda perlu tahu ia hanya berfungsi sekiranya penerimanya juga mempunyai teknologi NFC. Jika penerima dan penghantar mempunyai NFC bolehlah anda menjalankan pengaktifan NFC ini.


  1. Buka menu setting di smartphone  anda
  2.  Pilih bahagian Wireless & Network, Klik More...
  3. Cuba lihat dibahagian bawah. Jika smartphone/tablet anda dilengapi teknologi NFC, sepatutnya ada pilihan NFC dan Android Beam.
  4.  Pilih On untuk aktifkan NFC.


Jika anda ingin menjalankan penghantaran data anda hanya mengikut arahan yang keluar apabila dua smartphone yang mempunyai NFC didekatkan. 

0 comment... add one now