Cara Tapis video Youtube Untuk Anak

Perlu ke tapis youtube? Bagaimana cara tapis video youtube untuk anak dirumah? Youtube bukan asing lagi dikalangan pengguna alat teknologi. Melalui youtube kita dapat melihat video yang dikongsi seluruh dunia. Video yang dikongsi mungkin positif dan ada juga video yang berunsur negatif. Video yang berunsur negatif termasuk video dedah aurat, pembunuhan dan banyak lagi yang tidak sesuai dengan dunia seorang kanak-kanak dan remaja.



Sebenarnya unsur negatif dari video ini bukan sahaja perlu ditapis kepada kanak-kanak, malah golongan dewasa juga perlu dielakkan kerana video negatif ini boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada kehidupan seseorang. Namun demikian, kanak-kanak lebih berisiko jika kandungan Youtube tidak ditapis kerana kanak-kanak masih belum boleh berfikir dan menilai dengan baik sesuatu perbuatan dan keputusan, bimbang ia akan cepat terpengaruh dan merbahayakan maruah dan keselamatan mereka.

Penggunaan youtube memang senang, hanya perlu memasukkan text apa yang ingin kita cari. Tindakan semudah itu boleh meningkatkan lagi kecenderungan paparan perkara negatif kepada kanak-kanak. Zaman kini, kanak-kanak sudah mula minat dan asyik melayan gadjet, dibimbangi penggunaaan kerap ini boleh mempengaruhi kanak-kanak yang terhidang dengan video yang tidak ditapis ini.

Cara tapis video youtube untuk kanak-kanak


  1. Buka aplikasi Youtube dengan pilih ikon aplikasi Youtube di smartphone/tablet
  2. Klik Sign-in (ikon bergambar orang) untuk masuk ke akun anda ( rujuk bulatan no 1 )
  3. Setelah login ke akaun  anda, klik menu dengan ikon tiga garis di penjuru kanan atas.
  4. Klik Settings
  5. Klik General
  6. Di bahagian Restricted Mode, klik ON

Klik di no 1 utk login, lepas login klik di bulatan 2

Klik setting seperti bulatan 3

Pilih General seperti di bulatan 4

Enable seperti bulatan 5


Cara ini boleh dipraktikkan di aplikasi youtube, browse anda
.

Bila anda dah setting tapisan ini, video negatif memang susah nak keluar lagi. Anak anda akan dihidangkan dengan video-video yang sesuai. Namun demikian, pemantauan perlu bimbang timbul masalah lain.

0 comment... add one now