Cara Guna Gear Automatik Kenderaan

Teknologi terkini banyak yang memudahkan pengguna, jika dahulu gera automatik dianggap sepi kerana lebih minat menggunakan gear manual. Tetapi kini, penggunaan gear automatik makin diperlukan kerana ia mampu mempermudahkan pemanduan terutama dalam kesesakan lalu lintas.


Walaupun demikian, gear automatik ini perlu digunakan dengan betul. Ada kalangan pengguna masih belum tahu apa kegunaan sebenar setiap simbol pada gear automatik. Kesalahan paling kerap ialah meletakkan gear pada simbol P ketika menunggu lampu isyarat.

Sebenarnya cara yang betul ialah hanya perlu meletakkan pada tanda N Cuma pemandu perlu menarik handbrake ketika gear ada pada simbol N. Hal ini kerana N adalah neutral iaitu gera berada pada kedudukan bebas dan handbrake perlu bagi mengelakkan kereta kedepan atau ke belakang semasa tunggu lampu isyarat. Kenapa tidak menggunakan P? Sebenarnya ketika kereta berada pada gear P ia masih dalam gear, jika berlaku kesilapan ia boleh merosakkan gear. Selain itu pergerakan gear ke P semasa menukar gear merumitkan kotak gear.

Dibawah adalah Maksud simbol-simbol dalam gear automatik :

  •  P – Parking, Digunakan untuk parking kereta, gear tersekat dan kereta tidak bergerak
  •  R – Reverse, untuk Undur kereta
  •  N – Neutral, Digunakan untuk menolak kereta atau berhenti seketika semasa menunggu lampu isyarat dan jalan sesak.
  •  D – Drive, penukaran secara automatik gear 1,2,3,4
  • 2 – Kebiasaanya digunakan untuk memotong.
  •  L – Low gear, Gear rendah

Cara guna gear auto ketika berhenti seketika ( lampu isyarat/ kesesakan lalu lintas )

  1.  Tekan brek kaki
  2. Pilih gear N
  3. Tarik hand brek
  4. lepas brek kaki

Jalan Semula :

  1. Tekan brek
  2.   Tukar  gear D
  3.   lepas hand brek.
  4. lepas brek kaki
  5. Tekan minyak

Diharapkan panduan cara guna Gear Automatik ini memberi manfaat pada penggunaan gear anda.

0 comment... add one now