Cara Buat Floating Widget Wordpress

Wordpress merupakan satu sistem pengurusan laman web yang terbaik, Hal ini kerana keupayaan teknologi dan fungsi laman web yang menggunakan wordpress berkebolehan membuat pelbagai fungsi dan teknologi mengikut pilihan pembangun web sendiri. Keupayaan plugin wordpress yang boleh dibuat sendiri dan dicari di kebanyakan laman web memudahkan urusan pembuat web menggunakan platform wordpress.

Floating widget wordpress

Floating widget ini ialah widget dalam wordpress yang kebiasaanya terletak di sebelah kiri blog atau web. Ia kebiasanya digunakan untuk memaparkan post terkini , dan link-link lain. Namun demikian, adakalanya pembuat web ingin meletakkan iklan. Untuk pengetahuan, jika widget itu di scroll kebawah iklan tersebut hilang dari pandangan mungkin menyebabkan kurang orang klik untuk menjana pendapatan CPC. Oleh itu, ada baiknya anda jadikan iklan tersebut floating atau stick diatas supaya mudah orang lihat dan klik.


Bagaimana membuat widget tersebut stick atau float?


Sebenarnya ada banyak cara untuk berbuat demikian, cara paling mudah ialah dengan menggunakan plugin  Q2W3 Fixed Widget (Sticky Widget),
  1.  Anda hanya perlu login ke dashboard dan add new plugin.
  2.  Gunakan keyword Q2W3 untuk cari plugin.
  3. Install plugin tersebut .

Untuk menggunakan plugin tersebut anda hanya perlu tick pada fixed widget pada widget yang anda ingin dijadikan floating.


Bila anda refresh blog anda pasti ia akan menunjukkan widget tersebut floating.

0 comment... add one now