5 Tips Penjagaan Komputer Supaya Tahan Lama

Komputer ialah barang yang berharga, harga komputer bukanlah murah malah harganya mencapai 4 angka. Untuk itu kami berikan anda 5 tips penjagaan komputer supaya ia tahan lama dan menjimatkan kos anda. Sebenarnya banyak cara untuk pastikan jangka hayat komputer anda tahan lama. Ia boleh dibuat dengan penjagaan dari sudut software dan juga hardware. Untuk penulisan kali ini, kami kongsikan tips penjagaan komputer paling asas melalui software dan cara penggunaan.


Simpan segala file di drive selain drive C

Untuk pengetahuan, drive C adalah tempat menyimpan segala bahan sistem operasi windows. Jika kita menyimpan di drive C ia akan memberatkan drive C tersebut sehingga komputer kita jadi lambat. Tambahan pula ia lebih lambat jika menghampiri penuh. Selain itu, kebanyakan aktiviti baikpulih perisisan akan menghapuskan segala di drive C. Jika komputer anda rosak secara tiba-tiba tanpa anda sempat backup pasti segala bahan anda di drive C akan hilang.


Install Software Cleaner

Sebenarnya perisian windows juga mempunyai perisian utiliti tersendiri seperti cleaner dan diafragment. Tapi sebaiknya kita install sendiri software lain seperti Ccleaner untuk menambah lagi keberkesanan pembersihan junk file dalam komputer kita. Untuk pengetahuan, junk file atau data tidak terpakai ini akan masuk ke simpanan kita semasa kita layari internet atau uninstall sesuatu. Fail yang tertinggal ini boleh memberatkan komputer dan menambah kapasiti simpanan komputer kita. Penggunaan Perisian cleaner ini mampu automatik mencari segala file-file sampah yang boleh dibersihkan dalam komputer anda. Selain itu, software cleaner ini kebanyakannya didatangkan dengan fungsi utiliti laian seperti menyusun fail, membaiki log fail,proses install dan uninstall sesuatu perisian.

Selalu susun fail ( Diafragmenting )

Dalam sistem komputer mempunyai fail-fail tersendiri. Fail tersebut termasuk fail kerja atau fail kegunaan lain. Untuk pengetahuan, komputer juga mempunyai file tersendiri untuk menjalankan operasinya. Fail sistem tersebut kebiasannya ada di drive C. Penggunaan yang kerap dan lama boleh membuatkan lokasi file berubah dan melambatkan proses mencari fail semasa arahan dikeluarkan. Ibarat seperti dalam perpustakaan, kita mudah dan cepat mencari buku jika buku diletakkan di rak yang disusun mengikut abjad dan kategori tertentu. Sebaliknya kita akan lambat untuk mencari buku jika buku yang kita cari tidak berada di rak sepatutnya. Begitu juga sistem komputer, menyusun semula fail ( Diafragment ) diperlukan untuk kembalikan fail-fail sistem ke destinasi semula seterusnya mampu meningkatkan kelajuan komputer anda.

Sentiasa Update Antivirus

Memang tidak dapat dinafikan, kadangkala komputer jadi lambat kerana ada program lain yang boleh memberatkan komputer. Kadangkala ada virus yang boleh automatik jalankan program tanpa kebenaran kita. Pengaktifan program diluar jangkaan kita boleh melambatkan komputer.


Jangan Letak Fail di Desktop


Sebenarnya cara ini tidak lah memberi kesan yang serius. Walaubagaimanapun demikian, ia tetap penyumbang kepada kelambatan komputer semasa proses membuka komputer. Hal ini kerana semasa proses membuka komputer, paparan utama desktop akan lambat boleh digunakan jika menunggu setiap fail yang didepan desktop loading.

0 comment... add one now