5 Tips Penjagaan Bateri Telefon Tahan Lama

Sedikit tips penjagaan bateri telefon supaya tahan lama mungkin dapat membantu anda. Setiap alat elektronik terkini pasti mempunyai baterinya tersendiri. Kuantiti tenaga yang disimpan juga pelbagai dan jenis serta bentuknya. Masalah yang selalu dihadapi oleh pengguna telefon ialah bateri cepat rosak atau lemah. Sebenarnya bateri telefon yang boleh di cas mempunyai hayat tersendiri. Jika ia semakin rosak, ia menunjukkan tanda cepat habis walaupun telah dicas berjam. Kadar cepat habisnya semakin bertambah setiap kali cas dan akhirnya ia tidak mengecas langsung. Ada banyak kes juga bateri kelihatan kembung menunjukkan ia dah rosak dan perlu diganti baru.

Walaupun demikian, sebenarnya kerosakan bateri dipengaruhi banyak faktor. Jika faktor tersebut kerap dilakukan maka hayat bateri akan jadi lebih cepat rosak. Oleh itu, mungkin idea dibawah dapat memanjangkan lagi hayat bateri telefon anda.


Tips penjagaan bateri telefon

Cas Penuh 8 jam selepas beli

Mungkin anda teruja untuk menggunakan telefon yang baru dibeli, namun demikian tindakan tersebut boleh memendekkan umur bateri. Bateri yang lama tidak digunakan perlu dicas penuh supaya ia mempunyai kondisi yang terbaik untuk pengecasan lain kali.

Tutup Telefon

Bagi yang betul-betul ingin berjimat dari membeli bateri baru, bolehlah menutup telefon anda semasa cas, idea ini amat berat dilaksanakan oleh orang bisnes atau sibuk tapi mungkin sesuai untuk remaja yang masih belajar. Menutup phone boleh memberikan lebih fokus arus ke bateri dari sebarang gangguan yang boleh menggangu prestasi bateri itu sendiri.

Habis baru cas

Sesetengah orang minat untuk segera cas jika telefon masih lagi mempunyai cas yang banyak. Perbuatan ini juga boleh menggangu kondisi bateri tersebut. Lebih baik jika anda mula mengecas ketika bateri merah atau menunjukkan angka sekitar 15%.

Jangan guna cas dalam kenderaan

Sebenarnya pengecas dalam kereta lebih kepada penggunaan kecemasan. Lebih baik telefon anda dicas di rumah. Hal ini kerana tenaga yang dijana dalam kereta ialah mekanikal engin yang mungkin arusnya tidak tetap. Elektrik dirumah lebih stabil dan baik untuk sebarang alat elektronik yang sensitif. Selain itu, menggunakan cas di kereta juga boleh merosakkan soket pengecas telefon. Keadaaan dalam kenderaan yang bergetar dan bergerak boleh merosakkan sambungan pengecas sehingga telefon anda mengalami masalah susah masuk cas.

Gunakan Pengecas Original


Kini bukan susah untuk cari pengecas original, hanya sayarikat pengeluar sahaja yang mengetahui teknologi nya. Perkara yang melibatkan elektronik sebenarnya mempunyai banyak perbezaan walaupun ia dilihat sama kerana teknologi elektronik menggunakan komponen yang lebih sensitif.

0 comment... add one now