Pokemon GO Kini Di Malaysia

Permainan Pokemon GO sedang hangat diperkatakan di media sosial, keunikan tersendiri permainan ini membuatkan ramai orang ingin mencubanya. Bagi yang masih belum kenal dengan Pokem GO ini ( Rujuk Artikel Sebelum ini ). Apabila mula dilancarkan banyak cerita positif dan negatif kedengaran di Internet. Keunikan Pokemon Go ini juga dikongsi oleh individu yang pernah bermain. Namun demikian, Pokemon GO sebelum ini hanya boleh dimainkan di negara-negara tertentu dan Malaysia adalah antara negara yang tidak disediakan permaianan Poemon GO ini.

Hari ini, khabar baik bagi peminat Pokemon GO di Malaysia yang selama ini menunggu permaianan ini sudah mula boleh dimainkan di Malaysia. Sebenarnya serentak dengan itu beberapa negara lain juga turut serta seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Taiwan, Papua New Guinea, Fiji, Kepulauan Solomon, Persekutuan Mikronesia dan Palau.


Aplikasi Pokemon Go ini merupakan permainan dalam gadjet yang memberikan keunikan tersendiri. Pemain Aplikasi Pokemon GO perlu menangkap dan mengmpul sebanyak mungkin karekter Pokemon GO di seluruh dunia. Apa yang lebih menarik minat ialah kelibat pokemon tersebut akan muncul di skrin gadjet sekiranya lokasi tersebut mempunyai Pokemon yang dicari.

Untuk pengetahuan aplikasi ini mempunyai spesifikasi tersendiri gadjet anda untuk menginstall nya. Sekiranya gadjet anda tidak bersesuaian anda tidak akan dapat menginstalnya. Sekiranya gadjet anda menepati spesifikasi aplikasinya anda dengan mudah dapat membuat carian Pokemon GO di Google Play. Anda juga boleh terus muat turun dan install ( Pokemon GO ).

Hati-hati sekiranya anda ingin bermain, jika Pokemon berada di kawasan peribadi pastikan anda meminta izin supaya tidak didakwa sebagai penceroboh.

0 comment... add one now