Kipas Siling Perlahan, Lajukan Kipas Dengan Murah dan Mudah

Dunia makin panas dan kipas amat penting untuk keselesaan. Jika baru beli, kipas mungkin laju dan akhirnya kipas semakin perlahan. Jika ia perlahan kebanyakan orang akan menukar kipas baru yang memakan belanja sehingga ratusan ringgit. Tahukah anda, sebenarnya kita boleh menjimatkan ratusan ringgit kita itu dengan hanya menukar salah satu komponen dalam kipas dengan hanya kurang dari RM 10.

Bagaimana untuk melajukan kipas siling?


Membeli kipas baru memang akan menjadikan ianya laju kerana ia serba baru. Jika ingin berjimat, anda boleh lakukan sendiri dirumah dengan menukar kapasitor kipas tersebut. Harga kapasitor sekitar RM 10 malah ada yang lebih murah bergantung kepada jenis kadar keuntungan kedai yang menjualnya.


Apa yang perlu anda lakukan ialah membeli kapasitor di kedai menjual barangan elektronik. Jika anda sukar mencari kedai elekrtonik, anda boleh cuba bertanya kedai yang menjual barangan seperti mentol, kipas, suis, dawai elektrik dan sebagainya. Kebiasaanya kedai yang ada menjual barangan tersebut ada menjual kapasitor kipas.

Apabila berjumpa dengan penjual, anda perlulah bertanya untuk membeli kapasitor kipas siling 3 bilah standart ( jika kipas anda standart ) . Jika anda tidak yakin dengan apa yang bakal anda beli, ada baikny anda mengambil gambar kapasitor asal kipas tersebut.


Sebelum kita bercerita panjang, anda perlu menutup suis utama elektrik rumah anda. Sebenarnya menutup suis kipas pun dah memadai, tetapi kami lebih menggalakkan anda menutup suis utama rumah anda dan suis kipas. Seperti gambar diatas, apa yang perlu anda lakukan ialah membuka cover diatas kipas anda itu, dari situ anda akan nampak kotak kecil yang berwarna hitam. Kotak tersebutlah yang dinamakan kapasitor kipas tersebut. Kebiasaanya anda perlu membuang sedikit skru pemegang kapsitor bekenaan untuk mencabut kapasitor dari tapaknya. Jangan bimbang ia tidak sukar dan tidak berbahaya. Kapasitor tersebut tersambung melalui 2 wayar, cabut wayar tersebut dan gantikan dan sambung wayar tersebut dengan kapasitor yang anda baru beli tadi.


Selepas anda sambungkan, anda mula boleh menutup kembali cover atas kipas dan mula mebuka kemali suis utama dan cuba membuka suis kipas. Jika kipas anda terlalu lama dan perlahan sebelum ini pastinya mula menunjukkan kelajuan seperti kipas baru. Namun demikian ada juga faktor lain yang perlu anda lakukan untuk lebih melajukan kipas anda itu. Faktor lain tersebut ialah habuk pada bilah kipas. Kadangkala habuk bilah kipas boleh mengubah sedikit kelajuan kipas nada, membersih bilah kipas tersebut juga lebih meningkatkan kelajuan kipas anda itu.

0 comment... add one now