Jual Kereta dan Cara Tukar Nama Kereta

Setiap orang mempunyai alasan sendiri untuk membeli kereta baru atau membeli kereta lama, bila anda jual kereta anda perlu juga tahu bagaimana cara tukar nama kereta. Kereta baru yang anda beli pastinya ada masa untuk anda jual kepada orang lain. Alasan jual mungkin berbeza seperti :
  •  Masalah rosak berulang
  • Jemu pakai kereta yang sama
  •  Meminati kereta lain model terbaru
  •  Perlukan lebih kelajuan
  •  Perlukan lebih muatan
  • Untuk tujuan lain
  •  Masalah kewangan

Sebenarnya banyak lagi alasan kenapa kebanyakan orang menjual kereta mereka. Jual beli kereta ini juga boleh menguntungkan anda. Jika anda mempunyai kereta dari penjual yang menjual dengan harga murah, sudah tentu anda akan dapat menjualnya kembali dengan harga tinggi.

Cara tukar nama kereta

Banyak alasan bagaimana tukar milik kenderaan ini berlaku, namun demikian adakah anda tahu bagaimana untuk tukar nama kereta? Sebagai panduan kita bersama dibawah disertakan pengalaman bagaimana proses tukar nama kereta dilakukan.
  1. Pastikan kenderaan adalah mengikuti aturan dan kenderaan standart tanpa modifikasi melampau.
  2. Pastikan tiada gangguan pada nombor casis dan enjin kenderaan.
  3.  Pastikan cermin kenderaan mengikuti garis panduan cermin gelap JPJ.
  4. Sediakan salinan kad pengenalan untuk penjual dan pembeli. Untuk kegunaan di JPJ nanti.
  5.  Bawa geran kereta tersebut.
  6. Pergi ke PUSPAKOM dan buat pemeriksaan untuk tukar hakmilik kenderaan, anggaran caj RM30.
  7.  Setelah selesai, satu  laporan pengesahan tukar hakmilik kenderaan (VR1) yang sah untuk  tempoh 1 bulan sahaja diberi kepada anda.
  8. Pergi ke syarikat insuran untuk membeli insuran kereta baru atas nama pembeli berkuatkuasa pada hari tersebut. Anda tidak boleh tukar hakmilik kenderaan jika pembeli tiada insuran kenderaan.
  9. Kedua-dua pihak pembeli dan penjual perlu ke JPJ untuk urusan tukar milik.
  10.  Dapatkan surat e-Hakmilik pembatalan tuntutan hakmilik bank, jika belum berbuat demikian. Geran asal kenderaan akan dicop batal hakmilik berdaftar pada ruangan depan geran kenderaan.
  11. Ambil 2 salinan borang senarai semak (TM-1) dan 2 salinan borang (JPJK3).
  12.  Isi borang dengan lengkap dan harus ditandatangan oleh penjual dan pembeli.
  13.  Proses tampalan salinan mykad di atas borang TM-AB tidak diperlukan lagi kerana JPJ menggunakan sistem biometrik.
  14.  Ambil nombor giliran dan tunggu.
  15. Sampai giliran anda, bayaran caj RM100 dikenakan.
  16. Nama pemilik berdaftar terakhir iaitu penjual akan dicop batal. Akan ada cetakkan maklumat pemilik baru atau pembeli di bahagian belakang geran kenderaan (JPJK2).
  17. Pembeli harus semak maklumat nama, alamat dan nombor mykad diruangan pertukaran-pertukaran milikan dan alamat sebelum tandatangan geran kereta (JPJK2) sebagai pemilik baru.
  18. Selesai pertukaran hakmilik anda

Proses tukar nama kereta ini agak rumit tetapi lebih baik dari sebelum ini. Prosedur yang ditetapkan perlu diikuti untuk mengelakkan penipuan berlaku. Sebagai contoh, kenderaan perlu ke PUSPAKOM kerana untuk mengelakkan pembeli tertipu dengan kondisi kereta samaada kereta tersebut pernah dimodifikasi atau kereta yang dipalsukan. Sistem biometrik dan perlu pembeli dan penjual hadir semasa tukar nama bertujuan untuk mengelakkan ada pihak ketiga yang menjalankan urusan penipuan. Sebenarnya banyak lagi langkah berjaga-jaga dalam proses tukar hakmilik kereta ini. Walau apapun berlaku ianya demi kepuasan anda sebagai penjual dan pembeli.

0 comment... add one now