Cara Restore File Hilang di Laptop

Teknologi memang menyenangkan, namun ia juga boleh menyusahkan. Ia jadi susah jika file yang kita buat terpadam samaada salah diri sendiri atau sengaja. Apa kata kalau anda baca cara restore file hilang di laptop yang kami sediakan. Mungkin ia berguna dan dapat membatu anda.

Sebelum menulis lebih panjang, perlu anda tahu apa itu restore, restore ialah arahan untuk mengembalikan semula data-data yang berada di sesuatu lokasi dalam komputer atau laptop anda mengikut masa sebelum itu. Sebagai contoh, jika 1 dari 4 kandungan file dalam satu folder itu didelete maka folder tersebut hanya ada 3 file. Untuk pengetahuan, 1 lagi file yang didelete secara sengaja atau tidak tersebut sebenarnya masih boleh dikembalikan. Sistem komputer terkini sebenarnya mempunyai sistem restore yang mengingat data tersebut ( restore point ) untuk sementara. Semasa ingatan tersebut masih baru, kita masih boleh kembalikan file tersebut dengan menggunakan banyak kaedah dan cara.

Cara paling senang dan popular untuk kembalikan file tersebut dengan mencarinya kembali di recycle bin. Anda hanya perlu klik dan pilih restore untuk file itu kembali pada tempat asalnya. Tapi bagaimana pula jika di recycle bin pun ia dihilangkan? Ada cara lain yang dapat anda lakukan dengan restore folder tersebut kembali. Cuba langkah yang ditunjukkan dibawah :

Cari folder asal file tersebut

Langkah 1 : Pertama sekali anda perlu cari folder asal file yang anda terdelete tersebut. Ini mungkin tidak susah kerana setiapkali kita nak buka file pasti kita perlu kenal foldernya.

Langkah 2 : Anda right click folder tersebut dan pilih Restore Previous Versions seperti gambar dibawah.

Langkah 3 : Satu paparan list restore point folder tersebut  akan keluar, anda pilihlah folder yang terkini.

Langkah 4 : Satu mesej peringatan akan keluar, anda pilih Restore

Langkah 5 : Satu mesej anda berjaya akan dipaparkan selepas anda ikuti langkah 4 tersebut.


Perlu diingatkan, masalah ini tidak semestinya boleh membantu anda, ia bergantung pada masalah sebenar yang anda lalui, selain itu ia juga bergantung pada jenis perisian yang anda guna. Semoga maklumat ini dapat membantu anda.

0 comment... add one now