Cara Print Screen Guna Laptop

Print Screen juga penting dalam penggunakan alat teknologi. Untuk itu anda perlu tahu cara Print Screen Laptop anda. Sebelum tu sebenarnya teknik mudah yang diajar ini bukan sahaja untuk laptop malah juga boleh digunakan kepada desktop anda.

Apa kegunaan Print Screen?

Sebenarnya banyak kegunaan printscreen ni antaranya :
  •  Untuk orang berniaga, boleh tunjuk apa yang ada di desktop pada orang lain
  • Untuk orang yang mengajar online, boleh tunjukkan tutorialnya segera kepada pelajarnya.
  • Merakam gambar di komputer untuk di hantar kepada orang lain
  •  Memudahkan urusan dan menyimpan gambar yang dikehendaki
  • Boleh crop/ potong gambar yang dikehendaki sahaja
  •  Boleh melukis/ menulis pada gambar yang ingin digunakan.

Cara Printscreen

Sebenarnya ada banyak cara untuk printscreen, anda boleh gunakan tanpa install software atau gunakan software percuma.

Jika tidak menggunakan software anda hanya perlu mencari butang print screen / prtsc di keybord anda. Untuk printscreen anda hanya perlu tekan ctrl+alt+prtsc. Ketiga-tiga butang tersebut perlu ditekan serentak. Ada juga cara yang ditunjukkan tidak menjadi, ia bergantung pada jenis keyboard , laptop anda, ada juga yang hanya perlu tekan butang prtsc/ printscreen untuk printscreen gambar anda.

Cara printscreen guna software


Cara ini paling kami cadangkan kerana ianya percuma dan sangat berbaloi. Kami lebih suka gunakan software Lightshot. Software lightshot ini sangat baik kerana setakat ini ia percuma dan ianya sangat mudah digunakan Selain itu ia mempunyai lebih fungsi lain yang memudahkan kerja anda. Selain itu software ini ringan dan mudah sahaja di muat turun di laman rasminya ( maklumat lanjut )


Cara untuk printscreen sangat mudah, anda hanya perlu tekan butang printscreen/ prtscrn keyboard anda dan ianya terus meminta anda select kawasan yang anda nak ambil. Kelebihan lain, anda masih boleh drag kecil atau besarkan kotak yang anda pilih untuk dijadikan printscreen.

Software ini juga mempunyai fungsi save terus ke destinasi fail yang anda pilih. Apa yang lebih menarik, ia juga boleh diedit dengan tulisan, garisan dan contengan bebas. Lebih menarik lagi ia juga boleh menggunakan fungsi copy gambar tersebut dan boleh terus di paste ke destinasi online yang kita nak tuju. Sebagai contoh anda terus boleh copy dan paste ke telegram, facebook, microsoft word tanpa perlu simpan dalam komputer anda. Ia menjimatkan ruang.

Video Penggunaan Lightshot



Kesimpulan


Banyak cara untuk anda printsreen, sebenarnya ia bergantung kepada bagaimana anda gunakan dan cara kerja anda. Makin banyak dan mencabar kerja anda pastinya anda memerlukan cara yang lebih memudahkan anda dan mempunyai banyak fungsi.

0 comment... add one now