Cara Pindahkan Akaun Whatsapp ke Telefon lain

Whatsapp memang popular kini, popularitinya seiring dengan telegram, wechat, facebook , tweeter dan banyak lagi. Namun demikian, anda perlu tahu cara pindahkan akaun whatsapp ke telefon lain jika anda membeli telefon baru. Kenapa kami katakan demikian, segala data text, gambar, video anda sebelum ini perlu diselamatkan supaya urusan penting tidak hilang. Begitu juga kenangan dan peristiwa penting juga akan hilang jika anda tidak tahu cara pindahkan akaun whatsapp anda ke telefon baru.

Untuk pengetahuan, jika anda bertukar ke telefon baru dan mengistall baru whatsapp, segala data anda di telefon lama sebelum ini akan hilang. Untuk tidak menghilangkannya ada cara yang perlu anda buat sebelum tamatkan telefon lama anda.

Cara Pindahkan dengan backup gunakan google drive

Cara ini percuma sahaja asakan anda mempunyai akaun email google.

Tindakan pertama anda perlu backup kesemua data whatsapp di telefon lama anda :
  1. Buka  Whatsapp
  2.  Klik Menu (kebiasaanya butang dibawah telefon anda )
  3. Klik Settings > Chats > Chats backup

  •      Di bahagian Google Drive settings:
  •      Backup to Google Drive. Klik bahagian ini untuk memilih waktu backup: Daily-Weekly–Monthly-Never-Only when I tap “Backup”Account. Klik Account untuk memilih akun Google anda.
  •      Backup over:  Di sini ada dua pilihan mengikut jenis  internet yang hp anda gunakan. WI-fi only atau Wi-fi or Cellular.
  •       Dibawah , Include videos. Klik kotak kecil untuk beri tanda tick  jika ingin membuat backup termasuk video.
  •       Klik Backup, dan tunggu proses selesai.
*Anda tidak perlu risau kerana segala data anda sebenarnya telah disimpan di google drive setelah selesai prosesnya.

Tindakan seterusnya anda perlu lakukan di telefon baru anda, semasa di telefon anda perlu jalankan operasi restore pula :

  •  Apabila anda selesai menginstall whatsapp di telefon baru anda dengan nombor simcard yang digunakan akan ada notifikasi dari Google Drive untuk mejana  kembali backup chat Whatsapp anda.
  • Klik saja Restore untuk untuk mendapatkan kembali file backup Whatsapp.
  •  Tindakan sama juga jika anda menggunakan hp yang baru. Proses nya sama selagi hp yang baru tersebut menggunakan nombor simcard untuk Whatsapp dan akun Google yang sama.


Semoga apa yang ditunjukkan ini bermanfaat dan dapat membantu anda.

0 comment... add one now