Cara Menggunakan Chromecast

Chromecast adalah salah satu teknologi kini yang menjadi pilihan ramai orang. Jika anda ingin memiliki chromecast, anda juga perlu tahu cara menggunakan Chrome cast. Chromecast ini Ia diminati ramai kerana fungsinya amat menyenangkan kerana ia boleh menjalankan apa sahaja paparan yang kita arahkan tanpa menggunakan wayar . Ia pasti memudahkan anda.

2 Jenis rekabentuk Chromecast - Kredit foto : pcmag.com
Chromecast ini sifatnya yang tidak menggunakan wayar sama dengan Bluetooth, bezanya chromecast ini bukan untuk transfer data tetapi lebih kepada memainkan data yang kita inginkan. Sebagai contoh jika kita ingin melihat video, kita boleh terus memainkan di televisyen yang paparan lebih besar.

Sebelum kita berbicara lebih lanjut bekenaan chrome cast ini, adalah lebih baik kita berkenalan dulu apa itu chromecast ini. Chromecast ini ialah device kecil yang boleh dipasang di televisyen terkini. Bentuknya seperti pendrive dan boleh dicucuk terus ke port HDMI TV anda. Fungsi Chromecast adalah sebagai penerima data yang ingin dimainkan di tv anda.

Penggunaan chromecast mempunyai banyak kelebihan seperti :
  • Tidak perlu wayar
  • Meminkan video atau data dengan Mudah dan pantas
  •  Memudahkan kerana hanya dikawal di gadjet kita
  • Menjalankan fungsi player untuk maklumat yang diterima
  • Disokong oleh google chrome
  • Banyak aplikasi yang memberi  kelebihan kepada pengguna Chromecast

Bagaimana guna chromecast?

Chromecast boleh diguna menggunakan 3 cara berikut :
  1. App Casting (Google Cast Ready)
  2. Tab Casting (Chrome tab casting)
  3. Screen Casting (Screen mirroring, update Chromecast terbaru)

App Casting

Untuk App casting, chrome cast berfungsi sebagai media player untuk streming video atau muzik. Setiap laman web yang menyokong chromecast akan mempunyai simbul tersendiri pada penjuru video untuk dipaparkan menerusi chromecast. Youtube mempunyai buatang chromecast tersendiri membolehkan anda melihat di TV.

Tab Casting

Untuk tab casting, kebiasannya anda gunakan untuk melihat lebih jelas penggunaan carian anda atau kerja-kerja berkaitan. Untuk itu anda perlu klik butang cast di tepi atas laman web carian anda. Sebagai contoh, jika anda menggunakan google chrome anda perlu menginstall dulu extension. Selepas install extension anda akan dapat melihat butang chromecast di tepi atas web tersebut.

Screen Mirroring


Mirroring ini masih baru dan bukan semua android dpat menyokong fungsi ini. Mungkin smarphone atau tablet yang mempunyai android 4.2 keatas yang dapat menggunakan fungsi ini.

0 comment... add one now