Cara Disable Auto Download Media di Telegram

Telegram mula mendapat tempat dihati pengguna kini, penggunaan telegram banyak memberikan faedah kepada penggunanya. Aplikasi telegram boleh didownload di Google Play secara percuma, Telegram menjalankan fungsi chating sama seperti aplikasi chating yang lain. Perbezaan ketara telegram yang membuatkan ramai orang pilih untuk menggunakannya ialah telegram ini boleh berkongsi fail-fail besar dan juga ia lebih ringan dan laju berbanding aplikasi lain.

Kelebihan menggunakan telegram ini semestinya dapat membantu mempercepatkan urusan seharian, ini ditambah lagi dengan kewujudan group-group dalam telegram itu sendiri. Group yang ada itu pastinya sibuk dengan post-post perkataan, gambar dan video. Tahukah anda, gambar dan video yang di pos oleh rakan kita akan di simpan di simpanan gadjet kita jika kita menggunakan setting autodownload? Jika anda tidak menukar setting autodownload tersebut akan membuatkan gadjet anda penuh dan lambat.

Bagaimana disable Autodownload media telegram?

Masalah yang anda hadapi sebenarnya boleh diatasi dengan mengubah setting autodownload telegram, mungkin langkah dibawah dapat membantu anda.

Desktop

Sila ke setting dan klik pada Automatik media download setting ( seperti bulatan )

Sila untick semua dan klik save


Handphone

Sila ke setting , tekan pada automatic media download – while using mobile data



Sila untick semua dan klik save

0 comment... add one now