Cara Daftar Yonder Music Celcom

Yonder music mungkin asing bagi sesetengah orang, untuk menggunakan seharusnya anda perlu tahu cara daftar Yonder Music Celcom. Sebenarnya daftar dan activate  Yonder tidak lah susah. Sebelum ini baik kita berkenalan dulu serba ringkas apa itu Yonder Music.

Yonder Music ini adalah satu aplikasi dalam gadjet yang memberikan kemudahan pengguna berdaftarnya mengakses mendengar/ mendownload lagu melalui aplikasinya. Aplikasi ini memberikan kemudahan pengguna berdaftar untuk membuat carian segala lagu-lagu yang ada dalam aplikasi Yonder.

Mungkin aplikasi begini ada pada aplikasi lain yang setaraf dengannya. Namun demikian, apa yang menarik bagi pengguna Celcom plan tertentu mempunyai kelebihan mendengar segala music dalam Yonder tanpa memakan data internet. Mungkin itulah yang menjadi tarikan kepada pengguna segelintir pengguna celcom.

Sebenarnya banyak kelebihan Yonder music kerana menjimatkan ruang storan gadjet anda kerana tidak perlu mendownload lagu-lagu yang anda minati selain banyak pilihan lagu yang hangat.

Cara Daftar Yonder Music Celcom

Untuk pengetahuan, bukan semua pengguna celcom dapat kemudahan data free untuk streming di Yonder setakat ini. Sebagai contoh, salah satau Plan Celcom Fist Gold memberikan free data streaming untuk penggunaan Yonder Music ini.



Untuk mendaftar sangat mudah, anda boleh :

  • Search di Google play perkataan Yonder Music 
  • Install aplikasi tersebut. 
  • Untuk menggunakannya perlu mendaftar terlebih dahulu untuk pengguna kali pertama dengan pilihan mendaftar samaada menggunakan email atau akaun facebook.


Apabila selesai mendaftar, anda akan boleh menggunakan butang carian ( Kanta ) mencari apa sahaja lagu yang anda minat. Carian tersebut juga dibahagiakan pada kategori lagu, artis, playlist, album. Jika anda memilih album maka kesemua lagu dalam album tersebut dapat anda dengar dan sekiranya memilih playlist pula mempunyai lagu-lagu pilihan pendegar sebelum ini. Sangat menarik untuk anda cuba, yang pastinya data internet percuma untuk sesetengah plan celcom. Untuk maklumat lanjut Ada baiknya anda merujuk laman rasmi celcom untuk penerangan lebih lanjut berkaitan Yonder Music ini.

0 comment... add one now