Semak Senarai Hitam Jika Ingin Keluar Negara

Satu maklumat yang berguna sekiranya anda ingin keluar negara. Seharusnya anda semak senarai hitam keluar negara anda terlebih dahulu supaya permohonan anda untuk keluar negara berjalan lancar. Untuk keluar negara setiap rakyat Malaysia seharusnya mempunyai rekod bersih supaya tidak mudah anasir negatif dari keluar dari undang-undang negara.

Ada banyak sebab seseorang tidak dapat keluar negara antaranya :
  • Masih berhutang tegar dalam pemerhatian
  • Penjenayah

Untuk itu, kami kongsikan 2 laman web untuk membuat semakan adakah anda menjadi ahli senarai hitam untuk keluar dari Malaysia ini. 2 Laman web tersebut adalah bagi mereka yang mempunyai sekatan dari imegresen dan PTPTN.

1. Senarai Hitam Imigresen


Untuk membuat semakan anda perlu ke : http://sspi2.imi.gov.my/Default.aspx  . masukkan no kad pengenalan anda dan klik butang semak. Sekiranya nama anda tidak disenarai hitam anda akan dapat melihat paparan tidak ada halangan. Apa yang dinyatakan adalah tidak ada halnagan untuk tarikh semasa semakan sahaja.

2. Senarai Hitam PTPTN 

Untuk Membuat semakan anda perlu ke : http://eform.ptptn.gov.my/semakan-senarai-hitam/index.cfm  . masukkan no kad pengenalan dan keputusan akan dipaparkan untuk rujukan anda.

Jika anda mempunyai halangan untuk keluar negra pasti ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda untuk diselesaikan segera. Untuk itu ada baiknya anda pergi sendiri ke pejabat berkaitan untuk bertanya dan selesaikan halangan yang timbul.

0 comment... add one now