Masalah Storage Full Android

Bila ada gadjet tidak kira telefon atau peranti apapun pasti anda akan berhadapan dengan masalah storage  full android. Apa sahaja gadjet yang baru dibeli pastinya tidak mempunyai apa –apa masalah storage tetapi jika digunakan lebih dari 1 tahun ( bergantung pada cara pakai ) pastinya gadjet anda mula menunjukkan amaran full storage.

Untuk pengetahuan bagi yang baru menggunakan gadjet, setiap telefon pasti mempunyai storage tersendiri. Storage ini adalah komponen dalaman gadjet anda yang menjalankan fungsi menyimpan semua data anda. Data anda bukan sahaja gambar malah banyak data lain antaranya :
  • Gambar
  • Video
  • Sistem
  • Cache
  • Bahan sementara
  •   Aplikasi
  • Muzik
  • Data no telefon
  •  History aplikasi

Sebenarnya banyak lagi data yang disimpan oleh storage gadjet anda selain dari diatas. Oleh kerana gadjet anda telah diguna lebih 1 tahun maka jika tidak diurus dengan baik seperti sekali sekala deleted data tidak penting dan menggunakan perisian pembersih storage menyebabkan storage gadjet anda akan cepat penuh.

Kadangkala aplikasi memang akan automatik download beberapa maklumat di Laman web/ apa sahaja berkaitan untuk melajukan perjalanan penggunaan aplikasi tersebut. Kadangkala chache akan terus ditinggalkan di gadjet anda setiap kali anda melayari atau mengunakan aplikasi.
Sekiranya storage gadjet anda penuh beberapa perkara buruk dibawah mungkin akan anda alami :
  • Gadjet kerap memberi amaran storage bermasalah
  • Akses/ penggunaan apa sahaja fungsi di gadjet anda menjadi lambat
  •  Gambar/video yang anda ambil akan selalu rosak atau crash
  • Tidak boleh mendownload perisian baru atau mengupdate perisian.

Bagaimana cara membersihkan storage gadjet

Kebiasaanya format baru gadjet adalah paling mudah untuk menjdikan gadjet seperti baru beli. Namun demikian, format gadjet ini menjadi pilihan akhir kerana ia akan merosakkan/ hilangkan  data-data dahulu seperti no telefon, gambar, video, no telefon, aplikasi dan banyak lagi.

Kebiasaanya pengguna akan cuba mendelete manual segala yang dirasakan berat. Tahukah anda, dengan mendelete aplikasi sedia ada tidak semestinya akan menurunkan penggunaan storage. Kadangkala masih ada data yang tersembunyi yanagtidak boleh dilihat secara basic.

Dibawah kami sediakan beberapa cara cadangan untuk menurunkan storage gadjet android anda :
  • Gunakan perisian/apps yang boleh menjalankan fungsi automatik membersih  sampah dalam gadjet anda
  • Ada banyak apps dalam android untuk membersih data anda dengan berhemah sebagai contoh yang kami guna ialah, Ccleaner, Turbo Cleaner.
  • Aplikasi diatas secara automatik mencarai data sampah dalam gadjet anda untuk dibuang.
  • Jika anda pengguna apps telegram, Sila pergi ke setting -> cache setting dan sila clear cache. Kami telah mencuba sebelum ini, ia memang berjaya mengurangkan lebih dari 1 gb.


Jika anda telah membuat pembersihan dalam gadjet anda pastinya gadjet android anda lebih laju dan lebih bertenaga.

0 comment... add one now