Cara Tutup Akaun Facebook Orang Meninggal

Terlebih dahulu kami ucapkan takziah, pastinya ada dikalangan keluarga/ saudara/ rakan anda yang meninggal sehingga anda mencari cara tutup akaun facebook orang meninggal ni. Sebenarnya menghapus segala tinggalan terutama di alam digital ini agak perlu terutama jika tinggalannya boleh mengaibkan si mati terutama post/ gambar/ video  yang menyalahi yang ditetapkan agama. Walaupun demikian, post/ gambar / video yang berunsur nasihat dan kebaikan mampu memberikan pahala berterusan kepada si mati walaupun telah meninggal dunia.


Kenapa Perlu Tutup Akaun Facebook Orang yang telah meninggal.

Ada banyak sebab perlu ditutup akaun facebook orang yang telah meninggal antaranya :
  • Bimbang akaun facebook peribadi yang mewakili seseorang dimanipulasi oleh orang lain sehingga memburukkan nama pemilik asal.
  • Akaun Facbook yang lama tidak dilogin/diurus mungkin boleh memberi tanggapan negatif rakan seolah sombong dan tidak suka bergaul.
  •  Akaun yang lama tidak dilogin mungkin boleh dirampas dan dibuat penyamaran
  • Post/ gambar/ video yang negatif dari sudut agama boleh menyumbang dosa yang berterusan pada si mati.
  •  Kenangan yang sentiasa ada mungkin boleh menimbulkan kesedihan berpanjangan kepada waris, saudara, rakan terdekat.

Bagaimana cara tutup akaun facebook orang meninggal

Sebenarnya cara menutup akaun facebook orang meninggal tidaklah sukar. Waris bolehlah mengikut langkah yang diberikan dengan mengisi borang online yang disediakan oleh pihak facebook.
  1.  Sila ke link https://www.facebook.com/help/contact/228813257197480
  2. Sila isi borang online yang diberikan, diakhir borang ada meminta sijil kematian si mati. Anda perlu attach/upload scan dari sijil mati tersebut untuk mempercepatkan proses penghapusan akaun facebook si mati.

Borang online tutup akaun FB 


Kesimpulan


Sebagai waris, saudara, rakan perlulah meneliti akaun facebook si mati apabila dah meninggal. Sekiranya akaun facebook si mati perlu dihapuskan perlulah bertanggungjawab untuk membantu si mati dengan membuat permohonan tutup akaun facebook seperti langkah dan borang online yang disediakan. Bagi yang beragama islam masih belum menutup aurat seharusnya berubah dan jangan memasukkan gambar/post/video yang boleh menambah dosa anda walaupun anda sedang tidur/ mati. Kadangkala kita perlu banyak buat pertimbangan apabila hendak membuat sesuatu tindakan. Hal ini bagi memberikan kebaikan untuk kita suatu hari nanti malah boleh jadi ia berterusan.

0 comment... add one now