Cara Setting Alamat Blog WWW dan Tanpa WWW

Setelah selesai mewujudkan blog mungkin anda tercari cara setting alamat blog menggunakan kedua-dua www atau tidak www. Kebiasannya blog dari blogspot akan tersedia dengan www dan sekiranya pelawat menaip tanpa www , blog anda tidak dipaparkan kerana offline. Sebagai contoh sekiranya blog anda beralamat www.namaanda.com akan Nampak offline/salah alamat sekiranya pelawat menaip namaanda.com . Blog anda kelihatan salah alamat hanya kerana pelawat tidak menaip www pada depan alamat blog anda. Untuk pengetahuan, ramai pengguna web kini lebih suka ringkas menaip dan kebanyakannya tidak minat menaip www dihadapan alamat blog yang hendak dimasuki.

Altenatif membuat penggunaan www dan tanpa www

Membuat setting penggunaan www dan tanpa www pada alamat blog anda dilihat paling bijak kerana mampu memenuhi trend pengguna dan ia meningkatkan lagi pelawat blog anda. Hal ini kerana anda akan kehilangan 1000 pelawat jika 1000 orang menaip www dan 1000 orang tidak menaip www . Jika anda membuat setting alamat yang menggunakan kedua-dua pastinya pelawat anda akan menjadi 2000 orang hari tersebut.

Bagaimana setting penggunaan kedua-dua www

Dibawah disediakan langkah bagaimana membuat setting kedua-dua penggunaan www.
  1.  Perkara pertama anda perlu mendaftar dan masuk ke google webmaster https://www.google.com/webmasters/ seperti sebelum ini kami ada memberi penerangan detail kenapa setiap blogger perlu mendaftar google webmaster ini, Sila rujuk sini .
  2. Selepas itu sila pilih alamat blog anda yang dipaparkan
  3.  Disebelah kiri atas anda klik pada icon gear untuk setting rujuk rajah dibawah
  4. Pilih Site Setting
  5. Pada preferred domain anda pilih Don’t set preferred domain rujuk gambar
  6. Dengan memilih don’t set a preferred domain tersebut blog anda kini boleh menerima alamat yang mengandungi www atau tanpa www.

Setelah selesai anda melakukan langkah yang disediakan, bolehlah anda mula mempromosikan blog anda samaada dengan memberitahu tanpa www atau sekali dengan www.


Diharapkan penerangan yang diberi member sedikit bantuan kepada anda yang mula belajar untuk membuat blog.

0 comment... add one now