Cara Semak Syarikat Berdaftar SSM

Teknologi yang ada kini membolehkan anda semak secara online nama syarikat atau nama pendaftaran peribadi. Cara semak Syarikat berdaftar SSM perlu diketahui supaya anda tidak tertipu apabila ingin membeli sesuatu produk. Sebenarnya ada banyak perkara penting untuk anda menyemak sendiri nama syarikat dan penama perniagaan dalam dunia serba mencabar kini.

Kenapa Perlu Semak Syarikat Berdaftar SSM

Sebenarnya bukan sahaja nama syarikat berdaftar, tapi anda juga perlu menyemak nama yang digunakan dalam sesuatu perniagaan. Hal ini kerana, jika hendak mendaftar perniagaan kini dibolehkan menubuhkan satu nama khas perniagaan dan juga dibolehkan didaftarkan atas nama sendiri. Dibawah adalah kepentingan kenapa perlu anda membuat semakan nama syarikat/ penama perniagaan:
  • Mengelakkan anda ditipu nama syarikat/ perniagaan – sesetengah orang akan mengistihar perniagaan dengan menggunakan nama syarikat lain supaya dirinya terlepas apabila bermasalah.
  • Mengelakkan nama sendiri digunakan untuk perniagaan – Ada segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama orang lain untuk berurusniaga, Akibat dari itu individu lain yang tidak bersalah dikenakan tindakan atas salahlaku yang dilakukan.
  • Mengenalpasti keaslian produk/servis – apabila sesuatu produk dikeluarkan pastinya ia dikeluarkan oleh syarikat tertentu. Kemunculan produk yang seakan sama boleh mengelirukan dan keaslian sebenar boleh diketahui melalui nama syarikat yang didaftarkan.
  • Urusniaga tidak berisiko – Syarikat yang berdaftar dengan SSM mempunyai rekod ketuanpunyaan dalam sistem pendaftaran, oleh demikian urusniaga lebih selamat apabila pihak syarikat akan lebih bertanggungjawab.
  • Memudahkan pembayaran online – Bagi pemilik syarikat/individu, di laman rasmi SSM member anda kemudahan untuk memperbaharui lesen secara online.

Cara Semak Syarikat Berdaftar SSM

Sebenarnya untuk menyemak syarikat/ penama berdaftar dengan SSM tidaklah sukar. Anda boleh melakukan dirumah dengan memasukkan nama atau no pendaftaran syarikat tersebut di sistem yang disediakan.


  • Isikan maklumat perlu seperti  Username, password, email, Image Verification. Jangan lupa untuk tick setuju dibulatan merah pada rajah. Setelah selesai anda klik submit.
  • Satu email pengesahan akan dihantar ke email anda
  • Anda dah boleh mula login ke sistem
  • Pada sistem anda klik pada search


  • Paparan dibawah akan muncul dan anda mula boleh membuat semakan, anda boleh membuat carian berdasarkan no syarikat/pemilik atau gunakan nama syarikat/pemilik ( Rujuk Gambar )



Sebenarnya segalanya jadi mudah dengan teknologi, kita tak perlu beratur panjang dan hanya mengakses melalui internet diatas kerusi di rumah.

0 comment... add one now