Cara Kira Pencen Pilihan Sendiri

Kakitangan kerajaan mempunyai pencen tersendiri, ada juga kakitangan kerajaan yang ingin pencen pilihan sendiri. Maklumat dibawah mungkin sedikit tips cara kira pencen pilihan sendiri. Pencen merupakan kemudahan untuk setiap kakitangan kerajaan. Sebagai kakitangan kerajaan mempunyai masa depan yang lebih baik apabila umur semakin tua tetapi masih mempunyai pendapatan bulanan.

Pendapatan bulanan penerima pencen tidak lah sebanyak gaji akhir seseorang itu, sebenarnya pencen boleh dikira dan kebiasaanya mempunyai pengurangan dari gaji terakhir. Untuk kali ini informasi adalah kepada yang ingin pencen pilihan sendiri. Mungkin anda mempunyai sebab tersendiri untuk membuat pilihan pencen pilihan sendiri.

Cara Kira Pencen Pilihan Sendiri

Untuk mengira pencen pilihan sendiri, ada cara kiranya yang tersendiri. Apa yang menarik, kami kongsikan kepada anda 1 aplikasi web yang mampu mengira automatik pencen pilihan sendiri anda. Pengiraan adalah berdasarkan formula pengiraan dari JPA sendiri. Apa yang perlu anda buat hanyalah memasukkan beberapa data anda untuk sistem mengiranya.

Sebelum itu, jumlah pencen anda bergantung kepada perkara-perkara berikut :

  • Tarikh Lahir anda
  • Tarikh mula berkhidmat
  • Gaji akhir anda
  • Imbuhan tetap anda
  • Gantian cuti rehat anda
  • Jumlah cuti tanpa gaji anda
  • Tarikh persaraan pilihan anda

Untuk mengira jumlah pencen pilihan anda hanya perlu memasukkan data tersebut di aplikasi web http://www.jpapencen.gov.my/pilihan_sendiri.html Setelah mengisi selengkapnya, klik butang kira dan sistem akan mengira automatik tahun/bulan anda bersara , tempoh perkhidmatan yang diambilkira, jumlah pencen sebulan, jumlah ganjaran yang diterima dan gantian cuti rehat.

Walaubagaimanpun demikian amaun adalah tertakhluk pada hutang kerajaan/majikan sekiranya ada.

0 comment... add one now