Cara Format Samsung Ace S5830

Samsung Ace S5830 merupakan antara telefon terawal yang menggunakan perisian android ketika dulu. Jika ia makin berat dan perlahan pastinya anda perlu mengetahui cara format samsung Ace S5830. Untuk pengetahuan, ada banyak sebab kenapa sesebuah telefon itu menjadi semakin perlahan dan bermasalah ketika menggunakannya antara sebabnya mungkin :
  • Cache ingatan sementara tidak debersihkan
  • Tinggalan aplikasi yang tidak diurus dengan baik
  • Terlalu banyak simpan data/ gambar/ video
  • Maklumat lama yang tidak berguna tetap disimpan
  •  Terlalu banyak mengatifkan aplikasi samaada sedar atau tidak sedar.
  • Kapasiti storage dan memory yang tenat
  • Ada masalah salah satu/ beberapa aplikasi penting


Sebenarnya banyak lagi penyebab sesuai dengan peredaran zaman dan teknologi. Seperti sedia maklum, telefon jenis ini agak lama jika dibandingkan pada zaman sekarang. Oleh itu kemungkinan aplikasi dan teknologi sekarang boleh menjadikan telefon menjadi tidak mampu menanpung keperluan penjanaan aplikasi yang diinstal. Mungkin ia salah satu sebab telefon anda semakin perlahan dan bermasalah.

Format Samsung Ace S5830 Anda

Sekiranya berlaku tanda-tanda seperti yang disebutkan sebelum ini, ada baiknya anda format telefon anda supaya ia seperti baru dibeli sebelum ini. Perlu diingatkan, device anda tidaklah menjadi baru tetapi apabila format/ reset dibuat aplikasi anda menjadi baru seperti ia mula-mula dijual dahulu. Apabila anda format segala data atau aplikasi yang tidak sepatutnya akan dibuang. Ia sama seperti rumah yang di cat semula dan dibersihkan tanpa mengubah struktur bangunan dan perabot.
Jika anda ingin format telefon anda bolehlah anda mencuba cara dibawah :
  1. Sekarang pastikan telefon anda dalam off sepenuhnya.
  2. Tahan/ tekan 2 tombol pada telefon serentak iaitu tombol Home dan Tombol Power
  3. Lepaskan semua tombol serentak apabila keluar tulisan Samsung yang pertama.
  4.  Tunggu prosesnya sehingga sampai di android sistem recovery menu
  5. Pilih wipe data/ factory reset, gerakkan pilihan dengan menggunakan butang volume up and down
  6. Pilih yes , delete all user data
  7. Tunggu proses tersebut selesai
  8. Pilih pula wipe cache partition
  9.  Tunggu sehingga selesai
  10. Pilih reboot system now
  11. Tunggu telefon anda reset dengan sendirinya
  12. Selesai proses.

Begitulah cara anda format/ reset telefon anda, mungkin selepas selesai proses anda akan merasai kelainan dari segi kelajuan penggunaan telefon anda. Selamat mencuba.

0 comment... add one now