Cara Baru Renew Roadtax

Dengan kecanggihan kini, cara perbaharui roadtax juga dipermudahkan. Cara baru renew roadtax kini akan berubah mulai 1 September 2016. Jika dahulu kita perlu mempunyai geran kereta dan cetakan akan dibuat dibelakang geran kereta setiapkali memperbaharui roadtax, kini ia diperm,udahkan tanpa perlu mencetrak dibelakang roadtax. Kemudahan ini bagi mengelak masalah kerapkali kehilangan geran kereta hingga menyukarkan pembaharuan lesen dibuat.


Bagaimana cara baru renew roadtax

Sebelum itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi mengeluarkan geran atau salinan geran yang hilang kerana telah mula kuatkuasa penggunaan sistem sijil VOC (Vehicle ownership certificate). Oleh itu dengan penggunaan sistem geran sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ.

Cara Renew Roadtax


  •  Untuk renew roadtax pemilik kenderaan hanya perlu ke JPJ untuk pengesahan cap jari untuk urusan pembayaran dan renew.
  •  Jika menggunakan geran lama akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan ( VOC )
  • Sekiranya geran kereta lama hilang, anda hanya perlu ke JPJ untuk membeli maklumat kenderaan RM 20 untuk renew insurans .

Sijil Pemilikan Kenderaan ( VOC )
Untuk pengetahuan, roadtax sebagai cukai jalan wajib dibayar atau diperbaharui mengikut tarikh yang ditetapkan sebagai syarat kebenaran kereta melakukan perjalanan di Malaysia. Pungutan cukai jalan ini digunakan kerajaan untuk tujuan pendapatan dan boleh digunakan untuk kemudahan rakyat. Roadtax kebiasaanya mempunyai tempoh 6 bulan sehingga 1 tahun. Harga roadtax akan bertambah mengikut tempoh sah.

Insurans kereta pula juga syarat wajib kepada pemilik kenderaan sebelum memohon roadtax, Insuran ini bagi memastikan setiap pengguna dan kenderaan dilindungi insuran sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.


Membuat cara baru renew roadtax ini dilihat lebih ringkas dan canggih, tapi persoalan bagaimana pula jika pemilik ingin mewakilkan  renew roadtax. Seperti sedia maklum, pemilik sendiri perlu menggunakan cap jari sendiri untuk renew roadtax. Mungkin ada masalah Jika kenderaan diguna saudaramara lokasinya jauh dari pemilik dan kebetulan tamat roadtax. Bagaimana pula ingin kereta tersebut dapat membuat perjalanan. Mungkin pemilik perlu mengepos roadtax kepada pembawa keretanya. Bagaimana pula jika perlu segera? Mungkin ada penyelesaianya, kita nantikan penjelasan lanjut dan perkongsian dari pengguna selepas tarikh pelaksanaan nanti.

0 comment... add one now