Cara Baiki Printer Pixma iP1980 atau Canon iP1900

Kedua jenis printer ini memang agak lama dikeluarkan. Walaupun demikian cara baiki printer Pixma iP1980 atau Canon iP1900 perlu dikongsi walaupun ia salah satu produk lama canon kadangkala ia boleh diperbaiki sekiranya mengalami masalah kecil.

Pernah terjadi masalah printer tidak menjalankan aktiviti mencetak walaupun anda mengarahkan atau print dokumen? Kebiasaanya keluar amaran low ink di screen computer anda. Untuk pengetahuan, printer anda tidak rosak, sebenarnya sistem printer tersalah baca kuantiti dakwat printer anda. Sistem printer membaca bahawa dakwat printer anda telah kehabisan dan ia automatic tidak print walaupun anda arahkan.

Kejadian ini berlaku kerana anda telah memodifikasi dengan menggunakan dakwat printer secara refill. Biarpun anda refill sehingga penuh, sistem printer tetap membaca dakwat printer semakin berkurang dan berkurang.

Cara sepatutnya anda perlu membeli katrij printer baru. Satu katrij printer baru harganya lebih dari RM 50 ( Hitam sahaja ). Jika anda menggunakan katrij baru, sistem computer akan mengira lavel dakwat anda penuh dan ia akan menjalankan aktiviti print sekiranya diarahkan.

Bagaimana ingin reset pengiraan level dakwat printer anda?

Mengikut rakan kami, ada cara untuk tidak perlu membeli katrij, Cara tersebut dengan reset kembali bacaan paras dakwat. Mungkin cara dibawah dapat membantu masalah anda itu.
  1. Tekan atau jangan lepas/ Hold butang Resume pada atas printer anda tu selama 1-2 minit..
  2. Buka cover printer anda.
  3. Cabut katrij dan pasang semula
  4. Tutup balik cover printer anda
  5. Turn off atau tutup printer anda…
  6. Biarkan selama 5 saat.
  7. On balik printer anda..

Jika langkah dibawah dibuat dengan tidak ada masalah lain timbul, mungkin printer anda kembali pulih seperti biasa. Perlu diingatkan, membeli katrij baru adalah lebih baik dan segala langkah yang ditunjukkan ini adalah sekadar perkongsian dan tidak menjamin keberkesananya.


Semoga perkongsian membaipulih sendiri printer ini dapat memberikan sedikit info dan menjimatkan poket anda.

0 comment... add one now