Bila Pokemon Go Malaysia Bermula


Dunia mengalami satu khabar yang agak menarik kepada kaki game apabila keluarnya permainan Pokemon Go. Di Malaysia dan Asia tenggara ramai yang tercari-cari bila Pokemon Go Malaysia bermula ? Peminat permainan peranti ini mula tercari-cari apabila aplikasi yang siap dipasang menerusi android masing-masing tidak dapat difungsikan.

Untuk pengetahuan, buat masa ini Pokemon Go masih belum diaktifkan di Malaysia dan asia tenggara. Mungkin keunikan perisian permainan ini membuatkan permintaan tinggi di seluruh dunia. Mengikut wakil-wakil dari Niantic memetik dari NST, pembangun aplikasi permainan Pokemon Go melalui media rasmi mereka, fortyseven.com apabila ditanya oleh IGN Asia mengenai perlancaran permainan ini di wilayah baru terutamanya Asia Tenggara, mereka menyangkal berita berkenaan.

Ini kerana pihak Niantic belum mempunyai tarikh rasmi untuk memperkenalkan permainan tersebut kepada negara lain.

Untuk Pengetahuan, permainan itu telah diperkenalkan di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan Jerman pada Android dan iOS sejak 6 Julai lalu.

Apa Itu Pengenalan Pokemon Go ?

Sedikit pengenalan Pokemon Go, Pokemon Go ialah satu inovasi baru permainan di gadjet yang menggunakan Android dan iOS yang berkonsepkan pengembaraan.

Pemain game ini mempunyai matlamat untuk mengembara dan menangkap Pokemon dan mendapat ganjaran dari pengembaraan tersebut. Mungkin konsep ini dilihat biasa sama seperti permainan pengembaraan lain, tetapi Pokemon Go ini mempunyai keistimewaan tersendiri sehingga menambat hati ramai peminat permainan perisian dengan mengaplikasikan pengembaraan di dunia realiti. Maksudnya, untuk menangkap Pokemon kita perlu membuka kamera, berjalan mengembara di dunia realiti dan pokemon akan wujud di skrin sekiranya ada pokemon disekitar itu.

Bila Pokemon Go mula diaktifkan di Malaysia?

Seperti maklumat sebelum ini, setakat ini masih belum diaktifkan di Malaysia, namun demikian, satu aplikasi online dibuat oleh pengendali Pokemon Go untuk membuat semakan adakah ia diaktifkan di negara atau tidak. Selain itu, fungsi nortifikasi juga diwujudkan di web tersebut bagi memberikan peringatan kepada anda sekiranya ia mula diaktifkan di negara anda. Sila rujuk Is Pokemon Go Available Yet? .


Menerusi web tersebut tersenarai negara-negara yang telah diaktifkan pokemon go, disenaraikan juga negara yang masih belum diaktifkan pokemon go. Walaupun demikian, link notify me diberikan untuk pengguna mendapat maklumat sekiranya ia telah diaktifkan. Pastikan anda klik butang notify me sekiranya anda inginkan.


0 comment... add one now