3 Perkara Seo Blog Baru Perlu Lakukan

Setiap hari ada sahaja blog baru yang dibina, pengurus blog haruslah melakukan perkara seo blog baru untuk permulaan supaya blog diketahui kewujudannya. Apabila siap mewujudkan blog, blog kita akan lambat terindex dan diketahui umum melalui carian tidak kira melalui google, yahoo atau bing. Untuk menjadikan ianya cepat terindex dan mesra seo, mungkin 5 perkara dibawah dapat membantu.

1.Buka akaun Google Webmaster tool

Inilah yang pertama dan paling penting, untuk engine carian google menyediakan kemudahan google webmaster tool untuk semua blog dan web mengemaskini bagaimana google melihat/ mengindex blog anda. Google webmaster tool ini adalah satu kit untuk semua admin blog melihat kerosakan, masalah yang timbul dalam blog masing-masing. Google webmaster ini juga memberikan tool untuk kita submit link blog baru untuk perhatian teknologi mereka. Pendek cerita, Google webmaster tool ini bertindak sebagai orang tengah google dan blogger untuk memberi  tunjuk ajar bagaimana google mengindex dan apa masalah yang timbul di blog kita yang menghalang google masuk singgah ke blog kita. Memenuhi syarat dan keperluan google wemaster tool membuatkan blog kita bersih dari masalah seterusnya membuka pintu seluasnya untuk google baca dan index kandungan blog kita.

2. Hantar alamat blog ke mesin pencari google, yahoo dan bing

Setelah mempunyai blog, kita perlu submit alamat blog kita dalam data dan perhatian engine carian. Hal ini penting untuk memberikan gambaran kepada engine carian kewujudan blog kita. Untuk lakukan submit alamat blog kita, anda boleh ikut langkah yang diberikan :

Submit URL Google webmaster
Selepas submit anda mula boleh menyemak di carian adakah blog anda telah diindex engine pencari.

3. Submit sitemap blog anda di google webmaster

Sitemap merupakan perkara penting dalam sesebuah blog. Setiap blog pasti mempunyai sitemap tersendiri. Sitemap berperanan sebagai pemudahcara / pelayan yang member penerangan dan penunjuk arah apabila blog kita dikunjungi robot index google. Sitemap ini dengan kata lain sebagai penyambut tetamu blog yang akan member penjelasan kandungan blog anda. Sitemap yang baik mampu meningkatkan lagi artikel anda diindex kerana robot dari google lebih jelas dan faham dengan apa yang berlaku pada blog anda ketika kunjungannya. Maklumat yang jelas dan cepat ini membuatkan blog anda diindex baik oleh google dan engine carian lain.
Untuk menghantar sitemap anda perlu menghantar link sitemap anda di google webmaster sitemap. Link sitemap sesuatu blog biasanya seperti : http://domainanda.com/sitemap.xml
  • Apa yang perlu anda buat ialah dengan login ke akaun google webmaster tools anda
  • Pilih dan klik blog yang anda daftar
  • Pilih menu CRAWL kemudian pilih submenu SITEMAPS
  • Cari dan klik butang ADD/TEST SITEMAP kemudian tulis link sitemap anda.


Selepas kesemua anda telah lakukan diatas, InsyaAllah blog anda akan dipandang engine pencari dan meningkatkan pelawat blog anda nanti, selamat mencuba.

0 comment... add one now